Berminat sertai saya?

Kepada rakan-rakan & pengunjung yang berminat nak sertai saya dalam tempoh berdiet (tiada penjualan produk KURUS ye), boleh request utk sertai kumpulan sokongan kami di FB menerusi link berikut:-

https://www.facebook.com/groups/751763758174877/

Sunday, May 4, 2014

Jangan mudah rasa puas hati

Assalamualaikum,

Kekawan, kali ni aku cuma nak sentuh sikit perkara libat motivasi kita sepanjang teruskan komitmen untuk berdiet ni kan...

Aku perasan, ramai (termasuk aku) mudah sangat rasa puas hati dengan pencapaian yang diperolehi dalam masa singkat. Lepas tu bertindak macam LUPA DIRI...sekali gus lupa matlamat asal untuk dapatkan berat badan ideal.

Akhirnya, keadaan balik kepada asal. Lepas tu, tak payah nak kata nyesal, start semula la, apa la..tetap takkan sama dengan usaha berterusan.

Contohnya, kalau kita diet n kawal pemakanan yang betul dalam masa seminggu, dapat kurang sampai 3kg...sedangkan selama ni kita diet susah payah, sebulan nak turun sekilo pon susah, kan. Jadi, bila berjaya turun 3kg, kita banding pulak dengan sebelum ni...mula la kita rasa puas hati n selesa dengan keadaan tu. Lepas tu apa kita buat?

Kita bantai makan macam2...semua kita hadap...kita pujuk hati sendiri, kata..takpe...dulu sebulan turun sekilo je, kira ok la kali ni seminggu dapat 3kg...nanti cukup sebulan kalo turun paling tidak pon 7kg dah puas hati...walaupun sepatutnya kalo konsisten boleh dapat 12kg....kan?Jadi, apa lagi....mula la tabiat buruk dulu datang semula...iaitu MELANTAK..haaa...bukan makan lagi dah, memang MELANTAK.

Bila masuk minggu kedua, timbang..eh, naik balik 3kg....maknanya, berat jadi asal balik mcm sebelum diet...tu kalau nasib baik, dapat tak nasib baik..naik lebih lagi..walau pun cuma 3 hari je MELANTAK..kan...nak pujuk hati punya pasal, mula balik diet...minggu kedua keadaan kurang memuaskan, turun cuma 1.5kg je...kenapa? 

haaaa....jangan nak gatal rasa menyesal ye...sebab memula diet yang turun tu air n toksin termasuk sisa bahan dalam usus...masuk minggu kedua, lebihan air dah takde nak dibuang, lepas tu sisa toksin pon tak sebanyak masa memula diet...jadi, kalau hilang 1.5kg tu baru separuh usaha minggu pertama. kalau tak MELANTAK berapa hari sebelum tu, sah2 minggu kedua dah dapat kurang 4.5kg. SALAH SIAPA?

Tu sebab kita mudah berpuas hati dengan pencapaian yang kecil. Mudah selesa dengan pencapaian yang dapat sedangkan sasaran untuk NORMAL terlalu jauh lagi.

Tu baru perbandingan dua minggu...Cuba kalau dua bulan...konon bulan pertama dapat hilangkan 10kg (contoh)...bulan kedua mula dah nak 'cheat'...sekali cheat, naik 2kg....kalau 3 kali cheat, naik la lebih kurang 5kg...usaha nak hilangkan 5kg kemain la sampai sebulan...tp naik, cuma beberapa hari je...masuk bulan keua, ada yang cuma kurang 3kg je...tak ke rugi tu...

Pendek kata, sepatutnya kita bila dah kurang berat dan dah berubah angka depan, kena tetapkan azam lagi, takkan nak balik kepada keadaan dulu...sehari dua angka bertambah mungkin ok, tapi kalau seminggu, dua minggu keadaan tetap bertambah, atau tak berkurang langsung....tu dah kena tengok balik semula matlamat asal kenapa berdiet.

Kalau kita tak sedar dari awal, memang kita akan jadi BERAT YOYO...berat yang turun hasil usaha gigih kita, naik sekejap je...lebih dahsyat, bertambah lagi banyak daripada sebelum diet. Lepas tu kita nak rasa 'down' la sangat. Mula give-up dan terus berhenti diet.

Lebih dahsyat, kita tak salahkan diri sendiri akibat sikap buruk tu...tapi kita salahkan plan pelaksanaan program diet tu yang tak betul, tak sesuai dengan kita dan apa je kat keliling akan dipersalahkan.

Walau seribu orang keliling kita persalahkan, perkara tu tetap cuma merugikan diri kita sendiri.Takde orang lain yang akan terkesan. Cuma kita. Tak rasa ke yang kita dah OK dengan pencapaian sekarang? Atau kita rindu nak jadi gemuk macam dulu? (ni la yg aku selalu tanya pada diri sendiri).

Masa kita gemuk dulu, memang kita tak rasa apa, semua selesa je. Sakit pun selesa je. Bila kita dah hilang banyak kilo, kita rasa perubahan ketara...baik dari segi bentuk badan, air muka yang lebih ceria, semangat dan daya keyakinan yang lebih tinggi banding sebelumnya, semua yang positif je, kan...Takkan kita nak balik ke zaman negatif belaka? gemuk, nampak tua, daya keyakinan rendah, sakit macam2....kalau aku, taknak dahhhh...serik!

Walau pun hari ni aku dah 81 hari berdiet, berat yang turun dah 18kg, tapi aku ada 20kg lagi kena buang untuk ke arah berat ideal. kalau aku masih dengan tabiat sama, bermakna...aku perlu 100 hari lagi untuk capai sasaran.

Helo, tak lama nanti masuk Ramadan, mungkin OK bagi sesetengah orang, tapi kita semua maklum, Ramadan dah bermula godaan makanan sedap2 yang memang kita kena elakkan. belum fikir lagi juadah raya nanti...kalau dah tak sampai 90 hari dah nak raya, tercapai ke target nak berat ideal? kena pulak ambil kira untuk berat naik berkilo-kilo sepanjang ramadan dan syawal....kalau tak tahan disiplin, mau berbalik ke berat normal...dah kena spend setengah tahun lagi untuk usaha semula....tu kalau nak mula, kalau terus give-up?alamatnya...memang kita sebati la dengan title ORANG GEMUK...

Jadi, mulalah konsisten dengan disiplin yang ada sekarang ni..semangat memang ada masa naik, ada masa turun...tapi sila beri motivasi pada diri sendiri dulu, sebelum harapkan sokongan orang lain....kalau kita gemuk, orang lain apa kesahhh...bukan dorang yang bawa beban..kita sorang je...kecuali kalau kita MATI dalam keadaan gemuk, memang orang lain terpaksa bawa beban kita yang sepatutnya kita buangkan masa hidup lagi.

Bangkitlah dari mimpi...mula konsisten sampai capai sasaran....buka mata luas-luas...untuk apa kita gemukkan diri kita?kenapa kita mesti kurus? takde orang lain yang rasa kesan lebih ketara, melainkan diri kita sendiri....

SEKIAN...
SELAMAT BERDIET.

Ni aku tunjukkan gambar aku, yang aku tak bagitahu pun berapa berat aku sepanjang berdiet ni, kan?...OK, aku mula diet pada 12/2/2014 dengan berat 92.3kg (tinggi 158cm)....sebulan diet (Calorie diet), berat aku turun 8.1kg....bulan kedua diet atkins, berat turun 6.8kg....bulan kedua ni aku ada CHEAT...tengok hasilnya...kurang, kan? bulan ketiga aku dh tak strict pada diet atkins je...tah ape jenis diet aku buat...makan pon kurang pantang...hari ni cukup 3 minggu (belum sebulan lagi)....tapi penurunan cuma 3.1kg je...lagi la banyak CHEAT...kalau aku strict dalam seminggu ni pon...takkan dapat penurunan macam bulan pertama n kedua...SIAPA YANG RUGI? aku, kan....siapa yang punya sikap macam aku?memang RUGI,KAN?Sekarang ni berat aku 74kg..ngam2 figure tu....74.0kg....kalau aku serius dan strict berdiet, tak mustahil cukup 3 bulan, aku dah capai 65kg....berapa banyak dah aku rugi?hampir 10kg rugi...(dah la malas senaman, minum air jarang sangat cukup)....salah siapa? AKU...huhuhu....


Pakai baju kurung memang nampak ketara...(baju sama)
Cari baju sama
Gitu la seadanya

NOTA: Pic pada 2012 tu pon aku ada diet sebenarnya....guna SDII...tapi kesan tak serupa mcm aku diet sekarang...walau pun figure aku nampak ketara, ramai yang tak percaya aku kena buang 20kg lagi utk jadi normal. Mungkin aku kena senaman...tapi penyakit M kronik sangat...(Pic terkini tak ambil pulak)...