Berminat sertai saya?

Kepada rakan-rakan & pengunjung yang berminat nak sertai saya dalam tempoh berdiet (tiada penjualan produk KURUS ye), boleh request utk sertai kumpulan sokongan kami di FB menerusi link berikut:-

https://www.facebook.com/groups/751763758174877/

Sunday, April 13, 2014

Cabaran Pecahkan Angka 100KG!!!

Assalamualaikum,

Kali ni aku rasa terpanggil nak buat entri yang membantu kekawan dalam meniti usaha menjadi lebih kurus & sihat seperti insan normal lain. (kenapa, kalau gemuk tu maknanya tak normal ke?)..hopkosssss la kekawan, kalau gemuk tu, gemuk la! hahaha...kalau normal tu, orang yang BMI nyer NORMAL. Jadi, jom kita sesama usaha jadi insan normal...kekekekeke...

Pagi tadi, aku pelawa kekawan FB yang berat lebih 100kg dan berhasrat nak pecahkan angka ratus tu supaya dapat angka puluh je..setidaknya sebelum Ramadan ni, kan...Tak sangka, memang tak sangka....ramai pulak dalam kalangan kekawan aku yang berat lebih 100kg...Aku cuma boleh fokus kat 5 orang je, tapi yang mintak dah berlebih. Sambutan menggalakkan..mungkin sebab sekarang aku dah berjaya kurangkan berat dari 9* ke 7* dalam masa 2 bulan je.

Agaknya, kalau aku ajak masa berat aku masih 9*, ada tak yang nak ikut? takde makna..angan mat jenin je la aku....

Tahu tak, kenapa aku suka berpandir ajak orang kurangkan berat badan macam aku? sebab aku nak naikkan semangat aku bila ada yang follow...hehehe...sebab tu aku offer kekawan guide yang PERCUMA...sambil aku guide, sambil tu jugak aku ingatkan diri aku. Tu motif utama aku. 

Macam ni kekawan, aku cadangkan korang baca semua entri aku dari awal (termasuk bebelan n kemerepekan aku tu yer)....hehehe....

Lepas tu, aku beri penerangan ringkas kat sini, sebab aku x dpt nak explain sesorang..ramai lak yg berminat nak join usaha aku...TQVM...
Meh kita mula...

1) Detox.
- Memula kita kena berhenti sehari daripada pengambilan ubat n supplement, sebab nak kasi badan kita free dulu...Lepas tu, pagi sebelum sarapan, aku cadangkan kekawan minum sebiji air kelapa yang ori dalam tempurung lagi...taknak campur ais, taknak letak gula. minum air je, jangan rajin sangat nak kikis isi kelapa tu..hahaha...sedap la konon kan, nak pulak yang sedang berhingus n jelly tu...NO! tak boleh...air kelapa sahaja...makan macam biasa tapi cuba kurangkan jumlah setiap ambilan....malam pulak, bancuh Teh Hijau atau Teh Oolong panas tanpa gula, letak hirisan halia.minum panas suam, biar berpeluh. Kalau ada yang tak boleh tidur sebab teh tu, cuma minum lepas maghrib.
- Hari kedua dan ketiga jugak buat perkara sama. Hari keempat boleh berhenti air kelapa tapi boleh teruskan Teh Hijau atau Oolong tu. Kalau tanya kenapa ambil semua tu? ni la yang aku lemah nak explain....hahaha...kekawan google la khasiat air kelapa n teh hijau n teh oolong ni..termasuk khasiat halia sekali. hahahaha....jimat masa aku, kan?
- Pengalaman aku, bila aku detox dengan cara ni, amatlah berkesan...beberapa kawan aku yang ikut pun rasa kesan yang sama...selama 3 hari aku detox, boleh hilang 2.5kg...haaaa...sape nak kasi hilang macam tu je...kikiki....lepas minum air kelapa tu...selang masa sikit, baru sarapan...perghhh..sepanjang hari tu bole berpeluh! segar rasa badan.

2) Pengurusan masa
- Hal ni sangat penting, terutama uruskan masa sarapan, dan masa makan malam. Dua ni amat penting sebagai pembuka hari n penutup hari..serupa macam operasi kilang la, waktu buka n waktu tutup.
- Sarapan pastikan menu yang paling berat sepanjang hari tu....waktunya pula antara 6.30 pagi hingga 8 pagi...cuba kekawan disiplin..waktu tu je boleh makan..tak boleh lebih.
- Makan malam pulak paling lewat jam 9 malam. Tapi aku tak galakkan kepada kekawan yang berat lebih 100kg ni...aku cadangkan korang kawal waktu makan antara jam 6 petang hingga 8 malam. bila dah biasa, cuba awalkan lagi had hingga jam 7 malam je.
- Aku sekarang ni, memang jam 7 malam tu limit. Kalau terlajak, aku tak makan dah. Aku minum la air sampai cukup sukatan hari tu. kekadang jam 6 petang aku dah siap makan malam...nak jumpa makanan, pagi esoknya la pulak.
- Tapi aku paham, kekawan susah nak mulakan. Cuma aku cadangkan kurangkan waktu secara berperingkat. setidaknya, untuk permulaan cuba bajet 4 jam sebelum tidur. Aku dulu, menangis nak biasakan...Hari pertama sampai kelima, bila jam 10 malam aku dah nak nangis....resah ya amat...aku tak lapar, tapi tekak rasa nak mengunyah sangat..punya tak larat, aku kunyah sampai 5 keping biskut jacobs...makan dengan rakus! hahaha....malam kedua, waktu sama aku tak tahan gak, lepas gak 3 keping biskut...hari ketiga, aku makan sekeping je..masuk hari keempat, aku dah biasa tak mengunyah...hari kelima, aku anjak waktu makan malam, dari jam 8 kepada jam 7....Alhamdulillah..lepas tu aku dah biasa. Kalau aku boleh, kekawan pon mesti boleh, kan.
- Jadi, kekawan utamakan dua waktu ni. lepas tu, waktu lunch agak berat gak, cuma kurangkan sikit banding sarapan, makan malam pulak kurangkan sikit banding lunch. tu sukatan untuk permulaan. pada masa sama, tak salah kalau kekawan nak kudap waktu pagi n petang...tapi jangan keterlaluan..biskut oats sekeping pon dah ok...
-JANGAN SESEKALI SKIP WAKTU MAKAN WAJIB (SARAPAN, LUNCH, DINNER)..Kalau skip, memang lambat la nak turun.

3) Air
- Minum air kosong ni amat penting untuk bantu lancarkan proses perkumuhan badan kita. Sebagai pelincir la katakan.
- Untuk sukatan, setiap 25kg berat kita, mesti minum 1 liter air...jadi, kekawan yang 100kg, sah2 kena minum 4 liter kan...kalo lebih, buat la kira2 setiap ambilan yang lebih tu.
-Jangan terlebih minum air kosong, sebab ia tetap membuatkan buah pinggang kita penat bekerja. Kalau sepatutnya 4 liter tapi kita minum 5 liter, buah pinggang kita kena kerja lebih masa untuk proses lagi 1 liter air tu. Sian dia, penat....

4) Untuk jenis makanan dan senaman, kekawan tolong klik link SINI dan SINI JUGAK , perlu baca setiap apa yang aku cadangkan. Kalau nak ikut, dialukan..tapi kalau taknak ikut, aku tak kisah...sebab bukan aku yang berat 100kg, kan...tu kekawan, kan...hehehe...kalau gagal ikut, sila mintak maaf kepada badan sendiri...kikikiki...


Kekawan cuba dulu dalam tempoh seminggu. Catat setiap ambilan menu dan catat berat....cukup seminggu, kita boleh check apa yang kita makan boleh buat berat kita kekal turun, dan apa yang kita makan akibatkan berat naik.

So, ini je dapat aku bantu kekawan....silalah bantu diri sendiri untuk menjadi 'orang baru' dengan penampilan serba baru. GOOD LUCK!

No comments:

Post a Comment