Berminat sertai saya?

Kepada rakan-rakan & pengunjung yang berminat nak sertai saya dalam tempoh berdiet (tiada penjualan produk KURUS ye), boleh request utk sertai kumpulan sokongan kami di FB menerusi link berikut:-

https://www.facebook.com/groups/751763758174877/

Monday, April 7, 2014

OOLONG TEA tewaskan GREEN TEA?

Assalamualaikum,

Entri kali ni aku nak bukak cerita pasa manfaat TEH yang patut jadi amalan kita semua. Sebelum ni, aku cukup tabik dengan kehebatan GREEN TEA sebab aku asyik baca kat memana je yg GREEN TEA ni banyak sangat manfaat untuk kita, antioksida yg tinggi.

Ada 1 malam tu, lepas aku nak beli Bio Protein Plus kat kedai Cosway (sebenarnya nak citer, lepas cashier terkejut tengok aku beli produk tu. dia kata badan aku dah ok, takyah diet sangat. Aku senyum je la, aku tunjuk kat dia gambo aku dua bulan lepas...hahaha...unexpected respond....dia menjerit lak dlm kedai tu...sbb x sangka dlu aku bulat...hahaha)...

Ok, sambung citer sbenar...LEPAS aku pilih2 tu, aku ternampak la kotak OOLONG TEA kat deretan bebanyak jenis tea la kan...ada gak green tea. Tapi yg buat aku tertarik nak grab terus bawa balik OOLONG TEA ni, sebab aku penah terbaca khasiat dia dlm beberapa blog. Tapi aku baca sekali lalu je. Cuma yg aku igt, OOLONG TEA ni lebih baik dari green tea & black tea. ok, cukup, dah boleh beli dgn harga RM7.90 (ada 20 uncang) n satu uncang bole minum 2x...hehehe....

Disebabkan aku asyik cakap kat kekawan yg aku consume OOLONG TEA ni, kekawang pon tnya, nak dapat mana? tu soalan common n aku berbuih mulut cakap kat kedai cosway (sbb excited)...tapi, ada gak yg tnya, apa khasiat dia?apa beza dia dgn tea lain? ohhhh hooooo......bukan aku xnak jawab, kekawan....aku mintak kekawan google je....alasan aku, its too many to tell....TAPI, bila aku fikir yg tak semua kawan mampu luangkan masa cari capaian maklumat macam aku slalu buat, jadi hari ni aku coret la bab OOLONG TEA ni khas utk kekawan tersayang. (Aku bukan pakar nutrisi & kesihatan, tapi aku suka baca blog org, jejalan cari ilmu)...hehehe..aku kongsi ye...

OK, balik semula ke kesah lepas aku beli barang2 kat Cosway tu (aku mmg rambang mata kalo masuk farmasi, guardian, watson n kedai2 barang kesihatan n kecantikan ni, walopon aku x cantik n x sehat mana pon)...hahaha....[shopaholic].

Aku belek2 la OOLONG TEA, puas ati belek, aku pon start google...sbb rasa nak tau, nape OOLONG TEA ni boleh kalahkan GREEN TEA...so, bermula la kelas aku bersekolahkan google n bercikgukan blogger yg suka sharing perkara baik.

Macam ni sedikit perkenalan, OOLONG TEA ni ditanam di kawasan pergunungan paling tinggi di negara China. Oleh kerana kedudukan geografi yang mempunyai persekitaran terpelihara, segar dan udara bersih, secara tidak langsung OOLONG TEA menjadi minuman paling berkhasiat (melebihi kebaikan green tea dan black tea).

Kalo kekawan google "khasiat oolong tea' je, banyak kupasan dalam blog kepunyaan warga Indonesia....ada jugak dari Malaysia, tapi boleh dikira untuk page pertama hasil carian google ni (biar aku tambahkan jumlah)..hehehe...

Ok, antara khasiat OOLONG TEA ni, aku senaraikan kat bawah ni yea.

* Ia dikatakan lebih hebat berbanding teh lain kerana kandungan Poluphenols.
* Sebagai ANTIOKSIDA yang mempunyai rasa lain berbanding tea biasa.
* Lebih efektif meningkatkan METABOLISME badan sehingga berganda daripada teh hijau.
* Ia juga memberi perlindungan extra pada tubuh daripada sinaran UV. haaaaa, boleh cantikkan kulit lagi.
* Amalan meminum secara berterusan boleh mencegah daripada penyakit DEGERATIVE termasuk diabetes.
* Melindungi gigi daripada rosak termasuk berlubang.
* Meningkatkan ketajaman fikiran.
* Sesuai metabolisme ditingkatkan, teh ini boleh membantu usaha penurunan berat badan.
* Sesuai diminum panas (cuma dihadkan dua gelas sehari sahaja).


Ok...tu la antaranya, kalo sama dgn green tea, kita double lagi khasiat tu, baru menyamai OOLONG TEA....terbaik la...aku dh rasa sejak amal tetiap hari mula dari 4 hari lepas.

Cara aku buat, aku hiris halia dlm besar ibu jari, aku letak 1 uncang OOLONG TEA dlm mug...tuang air panas menggelegak...pastu minum bila dh suam....halia tu sbb nk buang angin dlm badan la kan...pastu rasa tea tu takde la pekat sgt, hilang pahit buat dek pedas halia tu...

Alhamdulillah, perut rasa selesa. Sape yg nak follow cara aku, ikut la kesesuaian badan sdri yea...jgn kata "apsal x jadi?ko buat konon jadi, ko tipu yea?ada menda lain yea?"aku cuma bole jawab "tak dapek den nolong eiiii"....hehehehehe...good luck.

Sekian.

p/s: ni contoh Oolong Tea yg aku beli...kekawan bole je cari brand lain n kat kedai memana pon (sbb aku bukan promote produk n kedai), yg penting Oolong Tea.





1 comment:

  1. I baru try oolong tea dlm 2 hari....beli kt giant je....jenama jasmine dlm btk daun. Then i try hari ni minum seblm semasa workout....subhanallah...peluh gile2 i tell u. I senam mcm hari2 biasa je. I beli oolong tea sebb i google gak ia lg bagus dari green tea. Lps ni mmg oolong tea jd pilihan.

    ReplyDelete