Berminat sertai saya?

Kepada rakan-rakan & pengunjung yang berminat nak sertai saya dalam tempoh berdiet (tiada penjualan produk KURUS ye), boleh request utk sertai kumpulan sokongan kami di FB menerusi link berikut:-

https://www.facebook.com/groups/751763758174877/

Friday, April 4, 2014

Memanfaatkan LEMAK sebagai TENAGA

Assalamualaikum,

Entri kali ni takde la nak terang panjang lebar sangat pasal Diet Atkins (DA) kan....sbb korang bole baca kat web n blog lain....malas la aku bebel ulang2 kali...

Aku cuma nak ulaskan utk ke sekian kali, nape DA ni makan lebihkan protein n langsung taknak karbohidrat.

Cuba tengok pic bawah ni yea:-


Menu Sarapan: telur, tuna & sayur sawi

Mesti korang cakap, ada tak kena dengan hidangan ni....sumber yg nampak cuma protein dan serat je...yg lain mana? karbohidrat?.roti ke, biskut ke, kentang bakar ke, lenyek ke...takde, kan?.diet tak seimbang?

Ok, ni yg dijelaskan ikut pandangan Dr. Atkins yang asaskan program diet tinggi protein (atau rendah karbohidrat) ni...

Kebanyakan sumber protein (kita nampak sebagai lauk) juga mempunyai kandungan karbohidrat, tapi terlalu rendah, amat rendah dan himpir takde langsung kalau ambil dengan jumlah kecil.

Karbohidrat juga boleh diperolehi dalam sumber serat (kita nampak sebagai sayur). Cuma jumlahnya agak rendah...lebih rendah...

YANG UTAMA, konsep DA ni, ia akan gunakan LEMAK yg memang terkumpul dalam badan kita sejak puluhan tahun, utk dibakar menjadi tenaga..

Konsepnya, sumber protein sebagai bahan bakar, lemak (ganti karbohidrat) sebagai tenaga, dan serat sebagai bahan cuci sistem perkumuhan/pembuangan.

Terdapat beberapa step dalam proses DA ni yang membawa kepada pembakaran lemak tetapi kita masih bertenaga dan dapat melakukan aktiviti normal sedangkan bentuk badan semakin mengecil.

Bila dah lengkap fungsi & peranan ni, nampak diet yang diamalkan ni seimbang atau tidak? hehehe...sendiri la jawab....

Bayangkan kalau kita masih ambil karbohidrat sedangkan badan kita dah lama tak gunakan lebihan sumber daripada lemak yang tersimpan selama ni.

Situasi mudahnya macam ni, sebuah kilang menghasilkan kereta membeli bahan mentah terdiri daripada getah, besi dan part enjin lengkap daripada pembekal yg kemudiannya disimpan dalam stor berasingan dengan label GETAH, BESI, ENJIN.

Pemilik kilang ni tidak memahami fungsi dan peranan setiap bahan digunakan dalam pembuatan kereta, jadi, dia membuat belian yang sama banyak, malah ada masa dia memesan GETAH lebih banyak (kerana murah waktu itu) dan tak memikirkan faktor lebihan bahan mentah itu kerana berupaya membesarkan lagi kawasan stor sedia ada.

Sedangkan, hakikatnya, penggunaan bahan berasaskan getah amat sedikit berbanding besi dan enjin.

Semakin lama stok bahan besi dan enjin semakin sikit memandangkan pengeluaran kereta yg produktif. Tetapi pemilik kilang ini menyedari stok bahan getah semakin bertambah, malah terpaksa dibesarkan lagi stor tersebut sehingga menjadikan struktur kilang itu melebar dan tidak kemas.

Berdasarkan rujukan fail, pemilik kilang ini merasakan dia sudah menggunakan pembelian seimbang seperti dicadang kenalannya dengan nisbah 3:2:1 iaitu 3 enjin, 2 besi dan 1 getah. (Tetapi dia lupa, bahawa dia selalu beli lebih bahan getah kerana harga yg murah pada waktu tertentu).

Beberapa hari dikaji, kereta buatannya menggunakan getah lebih rendah berbanding jangkaan. JADI, dia perlu rombak sistem belian bahan mentah, agar perjalanan kilangnya lancar dan teratur.

Pemilik kilang ini, MENGHENTIKAN PEMBELIAN GETAH serta merta, sebaliknya terus membeli besi dan enjin seperti biasa.

Beberapa bulan selepas itu, stor getah semakin kosong dan banyak ruang boleh dijimatkan. Pemilik kilang ni ambil keputusan mengecilkan semula ruang stor getah dan akhirnya struktur kilang menjadi kemas dan teratur.

Produksi selanjutnya berjalan lancar dengan belian bahan mentah sewajarnya. Pemilik kilang ini kembali membuat belian getah secara 'rasional' mengikut keperluan kilang, dan tidak lagi berlebihan seperti sebelum ini.

Haaaaaa.......korang dah dapat gambaran tak macamana sebenarnya yg Dr Atkins ni cuba sampaikan? So, separuh org yg prejudis terhadap cara diet ni, patut fikir macam ni jugak...kekeke.....ikut korang la nak imagine kilang ape pulak...kalo base roti n kek, korang apply la cara sama....atau pon tukang jahit baju ke...pokoknya, masalah dihadapi org gemuk, adalah lemak berlebihan bila karbohidrat diambil lebih dari sepatut sedangkan badan kurang perlukannya. jadi, pengambilan karbohidrat dihentikan supaya lemak berlebihan dapat dimanfaat jd tenaga, sampai ke tahap normal...lepas tu, karbohidrat diambil semula tetapi ikut keperluan badan masing2.

sekian (kali ni, kalo tak paham, bole tanya)...hahahaha


No comments:

Post a Comment