Berminat sertai saya?

Kepada rakan-rakan & pengunjung yang berminat nak sertai saya dalam tempoh berdiet (tiada penjualan produk KURUS ye), boleh request utk sertai kumpulan sokongan kami di FB menerusi link berikut:-

https://www.facebook.com/groups/751763758174877/

Sunday, April 13, 2014

Sokongan MORAL bantu usaha KURUS




Assalamualaikum,

Macam biasa, ada masanya entri aku akan kait sikit beberapa isi penting daripada entri sebelum ni (biasanya kaki bebel memang suka ulang nasihat yang sama) hehehehe.

Kali ni, aku nak sebut sikit perkara libat PERSEDIAAN MENTAL untuk hadapi proses diet ni.

Mula-mula, macam biasalah kan. Mesti semangat berkobar-kobar nak kurus terutama bila tengok artis, model & sesiapa je yang cantik kurus. Boleh kenakan pakaian macam-macam dengan selesa (tak nampak menjolok mata pun). Cuba kalau yang bulat ni pakai seksi.....hahahaha... jolok tembus tengkorak!

Bagi aku, sesiapa je yang nak dapatkan berat padan ideal kena buat persediaan rapi...lebih penting utamakan persediaan dalaman (mental) kita. Sbb, bila kita target nak kurus, kita sebenarnya target nak jadi org baru, kan...dan pasti sebolehnya kita taknak kembali semula jadi keadaan sebelum ni.

Apa yang perlu untuk pastikan target kita dicapai, sini senarainya:-

1. Motivasi
2. Semangat
3. Disiplin
4. Komitmen
5. Nekad
6. Sokongan moral org keliling.

Aku taknak ulas 5 perkara teratas tu, sebab semua kekawan dh tau kan... Cuma aku nak sentuh bab sokongan moral ni.

Memula sekali, aku harap kekawan yang nak mula diet, kena set kat minda bahawa sokongan moral ni perlu diraih akhir sekali. Dahulukan motivasi, semangat, disiplin n terus nekad.

SEBAB? Ada kalanya kita tak berjumpa dengan orang yang benar2 percaya bahawa kita MAMPU buktikan dan kita pasti berjaya capai sasaran.

Separuh orang seolah menjanjikan bulan bintang kerana PERCAYA bahawa kita pasti takkan dapat capai apa yang kita idamkan. Apa maknanya tu? Tu la sokongan SARKASTIK...hahaha....Ada la beberapa orang, dah masuk bulan kedua n nampak byk perbezaan pada aku, tak dengar dah bulan bintang...malah, muka pun dah tak wujud depan aku...tapi, aku takde la nak ganjaran tu sangat, sebab aku letakkan sokongan moral ni sebagai tempat last sekali kan....aku ada sasaran aku sendiri...ada ganjaran ke, takde ke, aku nak kurus sihat....bonus nyer..CANTIK! kannnnn......hahaha

Jadi, aku nak ajak kekawan buat senarai dalam buku/diari/note memasing, macamana kekawan nak ada motivasi...senaraikan apa yang boleh naikkan semangat, tulis juga apa dorongan yang buatkan kekawan terus berdisiplin, dan senaraikan apa halangan yang ganggu komitmen kekawan, lepas tu elakkan...bila dah siap senarai..kekawan akan nampak, mudah je nak mulakan sesuatu sasaran sebenarnya...haa...lepas tu, tetapkan azam n mula la tindakan NEKAD.



Biasanya ada yang beri sokongan sebelum kekawan mulakan usaha, senaraikan nama mereka....lepas tu, ada yang beri sokongan bila dah nampak hasil (walau sikit)....senaraikan....lepas tu, bila dh nampak jauh perbezaan, ada lagi yang beri sokongan....senaraikan jugak....lepas tu, kekawan tengok senarai tu..sape yg setia beri sokongan dari sebelum usaha lagi....kalau dlm semua senarai tu ada nama dia, bila kekawan dh kurus nanti, sediakan sikit hadiah utk org tu...sebab dia tak pernah jemu beri sokongan moral kat kita.

Usaha nak kurus ni bukannya sekelip mata, aku pun baru hari ni lepasi tempoh 2 bulan...hahaha..turun naik gak la beratnya....campur tolak bahagi, aku dah keluar dari grup OBESE I, sekarang dah dlm grup OVERWEIGHT. dan aku target sebelum raya nanti akan masuk ke grup BMI Normal....

Sepanjang tempoh 2 bulan ni, ada beberapa kawan yang setia dari masa aku gemuk n tak mula diet pon lagi, ada yang timbul masa pertengah usaha, dan ada jugak yang baru muncul saat2 akhir ni.

Ada yang timbul bila tahap keyakinan aku terhadap usaha ni dah paling tinggi...maknanya aku dah study macam2 sampai mampu hilang lebih kurang 18kg dalam masa 2 bulan.

Ada pulak selama aku demox n selekeh, tak pernah muncul..tapi bila dah ada perubahan ketara kat diri aku, dok condemn pulak tak elok kurus sangat..tak elok cengkung sangat..padahal aku tengok takde la cengkung n masa dia condemn aku pon, aku masih dlm grup OBESE...apa masalah dia?yang aku perasan, dia sebenarnya kurus kering. Boleh pulak dia kata muka aku yang tembam n dagu berlapis besar tu lagi elok...nampak tak?apa motif sebenarnya? 

Pastu siap cadang buat itu ini utk jaga badan n muka...helo, masa aku dalam keadaan memerlukan guide n selekeh n demox...ko ke mana, kawan? nape bila sekarang, bila dah ramai yg tegur byk perbezaan n perubahan positif pada aku, tetiba dia muncul n komplen macam2 pasal aku...haaaa....ada riak jeles di situ..dia je la yang nak cantik nyer..org lain biar huduh....(macam ni punya org pon ada)...hahahaha...

Maaf la kawan, aku bukan jenis yang akan ikut telunjuk org yang tetiba muncul saat aku dah mampu buktikan kemampuan aku berubah...aku lebih hargai orang yg percaya aku mampu lakukan perubahan, sebelum aku berubah. Ya, aku memang degil, tapi degil aku bertempat dan aku tak degil dengan dada kosong atau membuta tuli....so, maaf sekali lagi.."nasihat pakar kecantikan" macam anda tak diperlukan...hahaha...

Jadi, balik kepada topik asal, sebelum kekawan nak mulakan diet secara nekad, kenali org keliling kita yang mungkin bakal beri sokongan motivasi...dan kita perlu tahu, jika kita letakkan sokongan moral ni sebagai keutamaan, usaha kita pasti terhenti separuh jalan...So, kita lah yang perlu sokong diri sendiri, sebelum muncul "pakar kesihatan n kecantikan" nanti....kekekeke......[Jangan marah kak, cuma berterus terang je]....









No comments:

Post a Comment