Berminat sertai saya?

Kepada rakan-rakan & pengunjung yang berminat nak sertai saya dalam tempoh berdiet (tiada penjualan produk KURUS ye), boleh request utk sertai kumpulan sokongan kami di FB menerusi link berikut:-

https://www.facebook.com/groups/751763758174877/

Saturday, April 12, 2014

OBSES keluar dari OBES?

Assalamualaikum....

entri kali ni aku nak cakap pasal OBSES pulak....sejak akhir2 ni memang selalu keluar dari mulut aku...Ye, aku sekarang amat2 OBSES nak keluar dari kumpulan OBES (obesiti)...serius....dan paling utama, OBSES ni perlu disertakan dengan komitmen & nekad...hehehehe

Memula, aku ajak kekawan kenal & faham keperluan diri dulu, wajar ke kekawan memikul gelaran OBSES ni....semua bergantung kepada niat memasing.

Aku galakkan kekawan yg BMI pada tahap Morbidly Obese, Obese 1st Phase sahaja yang patut jadi OBSES...dengan sasaran, NAK TURUN, STATIK SEKEJAP OK, TAPI TAKNAK NAIK....

Tiga perkara tu perlu jadi GUIDE setiap masa. Sebenarnya, aku terngiang2 dengan kenyataan abah yg boleh hilangkan 20kg dalam masa 3 bulan...masa aku tanya abah tu, berat dia dah 85kg sedangkan masa tu aku 92.3kg....aku tertanya2 sendiri, aku dengan abah dlm grup darah yg sama, B...so, kecenderungan fizikal & cara makan sama. Kalau abah boleh susut 20kg dalam masa 3 bulan, takkan aku tak boleh? sedangkan abah dah umur 67 tahun, dan aku 34 tahun....hmmmm...cuba fikir...so? YAKIN BOLEH!!!

Memandangkan abah ni dulu bekas sojar, so kita tau la macammana disiplin dia kan...yg ni aku salute abih & aku memang susah nak follow.

Abah kata, perkara utama mesti NEKAD! lepas tu MOTIVASI, lepas tu DISIPLIN, lepas tu KOMITED..last skali baru la kita harap SUPPORT org keliling...jangan la nak harap support org dulu....HANCUS la nanti...serius cakap...nak memula diet, org mesti condemn dlu la...kalo lemah semangat, memang tak jadi aje...asyik restart, restart, restart...bila nak capai target kan?

So, bila abah kata kena nekad, aku pon bermula nekad...bila semua point tu digabung, memang kita akan jadi OBSES...masa memula aku buat calorie diet, cukup derita...menangis pon ada...tapi, lepas 2 minggu...aku dah boleh biasakan diri...masuk sebulan je, dah lali...masuk bulan kedua, org dah nampak perubahan...baru la org nak bukak mata....tu pasal aku cakap kita jgn harap support org masa awal usaha...susah nak jumpa...(tapi aku bertuah, semua kekawan support - mana yg tak support tu aku anggap bukan kawan aku)....hahahaha...

Kekawan yg nak nekad macam aku, aku pelawa korang masukkan elemen OBSES dalam diri, insyaAllah....

Tapi, sebelum tu, kekawan sukat la BMI memasing dulu...tu faktor utama....kalau nak cari semangat, jangan tanya berapa kilo turun dan jangan tanya dalam tempoh berapa lama....sepatutnya tanya BMI sekarang dah berapa?masa mula diet berapa BMI?dalam tempoh berapa lama dapat BMI macam tu?

Haaa...macam ni kita boleh banding dengan sesape je...sebab kiraan BMI dah ikut ketinggian memasing...so, kalau si A ni BMI dia 35, si B ni pon 35, tapi A nampak lebih kurus banding B...maknanya si A ni tinggi. Walau apa pon, kita kena sasarkan ke arah BMI normal...

Kat sini aku beri sikit formula ASAS utk kira BMI....

BMI = Berat / Tinggi x Tinggi
BMI = Kilogram / Meter x Meter

kekawan selesaikan kiraan darab tu dulu...baru bahagikan.

Contoh BMI aku sehari sebelum diet yer:-

BMI = 92.3 / 1.58 x 1.58
BMI = 92.3 / 2.4964
BMI = 36.97 atau 37...

haaaaaaa......lepas tu aku sasarkan BMI 29 untuk aku keluar dari OBESITI dan duduk sekejap dalam grup OVERWEIGHT, sebelum aku diet santai untuk sampai ke grup NORMAL.

Ok, ini sikit rujukan tahap BMI yang sepatutnya yer:-

<19 = Underweight
19-24 = Normal
24-30 = Overweight
30-40 = Obese
40> = Morbidly Obese


OK, harap info ni bermanfaat utk rujukan kekawan...Good Luck!


No comments:

Post a Comment